Kes gangguan seksual Ebit Liew dibicara mulai 27 Sept

0
22
Ebit Liew.

CYBERJAYA – Perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah, Ebit Liew akan bermula pada 27 hingga 30 September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, berdepan 11 pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang perempuan Melayu di antara Mac hingga Jun 2021.

Menurut Harian Metro, perkara itu disahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A. Skandaguru, dalam satu kenyataan, semalam.

“Ebit Liew yang telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom pada Februari lalu atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, akan dibicarakan pada 27 hingga 30 September 2022 di mahkamah yang sama,” katanya.

Jika sabit kesalahan, Ebit Lewboleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Pada 18 Februari lalu, Ebit Lew, yang juga seorang usahawan didakwa di Mahkamah Majistret Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad, dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit Lew diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Ebit Lew kemudian dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here