Kontrak LCS : Pengurusan MINDEF lemah, tidak lindungi kepentingan kerajaan

0
20
Projek pembekalan kapal tempur pesisir yang tergendala akibat kelemahan pengurusan pihak Mindef dan juga kewangan syarikat pelaksana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) .

CYBERJAYA – Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) mendapati faktor kelemahan tadbir urus Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai punca kemelut projek pembekalan kapal pesisir (LCS).

JKSTUPKK dalam laporan siasatan Laporan Siasatan Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua merumuskan pengurusan kontrak pembekalan LCS tidak mengambil kira kepentingan kerajaan.

Dalam laporan itu, jawatankuasa berkenaan secara keseluruhan merumuskan empat kelemahan iaitu kelemahan perancangan, kelemahan proses perolehan, kelemahan pengurusan kontrak dan kelemahan klausa kontrak.

Berdasarkan Laporan Siasatan Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua – LCS bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sudah dinyahklasifikasikan dan boleh disemak di portal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), sebahagian klausa dalam kontrak berkenaan juga tidak menjaga kepentingan kerajaan.

“Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) juga didapati mempunyai kelemahan dari aspek pengurusan dan kekangan kewangan yang amat kritikal.

“Kelemahan klausa kontrak dan syarikat BNS itu turut menjurus kepada kelewatan pelaksanaan pembinaan enam buah kapal LCS itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu berkata, klausa kontrak juga tidak mengambil kira peraturan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa.

“Kelemahan klausa kontrak dan syarikat BNS telah menjurus kepada kelewatan pelaksanaan pembinaan enam LCS tersebut.

“Kelewatan pihak kerajaan dan pihak syarikat untuk memuktamadkan beberapa komponen projek telah menjejaskan prestasi pelaksanaan projek secara keseluruhan dan menyumbang kepada peningkatan kos serta kelewatan penyerahan LCS,” menurut laporan itu.

Selain itu, kelewatan kerajaan dan syarikat memuktamadkan beberapa komponen menjejaskan prestasi pelaksanaan projek secara keseluruhan dan akan menyumbang kepada peningkatan kos dan kelewatan penyerahan LCS itu.

JKSTUPKK mendapati penglibatan anggota pentadbiran di peringkat awal sebelum kontrak ditandatangani telah menyebabkan reka bentuk dan komponen atau peralatan yang diperlukan TLDM sebagai pengguna akhir diketepikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here