KP Kesihatan tegur tingkah laku Noh menggayakan rokok

0
19
Noh memperagakan gaya merokok ketika muncul di pentas KLFW 2022 baru-baru ini.

CYBERJAYA – Perlakuan penyanyi Noh Salleh yang muncul di pentas pertunjukan fesyen Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) dengan memegang rokok yang tidak dinyalakan baru-baru ini ditegur oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya di Twitter menegaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius perbuatan itu sebagai tingkah laku yang tidak sepatutnya dipapar kepada masyarakat.

“Perbuatan ini (merokok dan menghisap vape) di khalayak ramai menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Dalam KLFW, bekas suami Mizz Nina itu dilihat memegang rokok ketika muncul di pentas peragaan.

Terdahulu pada bulan lalu, Noh mencetuskan kontroversi apabila menghisap vape ketika ditemubual oleh wartawan.

Noor Hisham turut menyeru orang ramai membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya tidak diterima dalam kalangan masyarakat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here