KPM komited bantu murid berkeperluan khas

0
17
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Sukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kali ke-11 peringkat Putrajaya di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited dalam memastikan kesejahteraan semua murid sekolah termasuk mereka yang berpendidikan khas.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pihaknya akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

“KPM akan memastikan kesejahteraan anak-anak generasi pewaris
negara, termasuk anak-anak MBPK.

“Kepada anak-anak MBPK, ibu bapa dan guru-guru, anda tidak bersendirian kerana KPM akan sentiasa berikan yang
terbaik untuk anak-anak MBPK,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kejohanan Sukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kali ke-11 peringkat Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berasa seronok melihat kesungguhan yang dipamerkan oleh MBPK semasa menjalankan aktiviti sukan di kejohanan berkenaan.

“Pak cik tengok semangat anak-anak semua dalam mencuba yang terbaik. Meriah juga dengan sorakan dan sokongan para bu bapa yang hadir bersama tadi,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong setiap usaha KPM dalam memastikan kesejahteraan anak-anak generasi pewaris negara, termasuk anak-anak MBPK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here