KWP laksana pelbagai inisiatif ringankan kos sara hidup penduduk ibu kota

0
10

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat Wilayah Persekutuan menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk Program [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] dan [email protected]

“Di samping itu, KWP dengan kerjasama DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) menyediakan kemudahan perumahan untuk sewaan dengan kadar mampu milik melalui program Rumah Majlis (Council Home) serta Rumah Mikro (Micro Housing).

“Selain daripada itu, KWP turut melaksanakan langkah-langkah proaktif dengan mewujudkan program jaringan sosial bertujuan meningkatkan pendapatan melalui keusahawanan seperti Program Usahawan Muda Kota
dan pemberian lesen perniagaan kecil Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (IWBB),” kata Shahidan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahya mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan DBKL bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang yang tinggal di ibu kota di Dewan Negara, hari ini.

Selain itu, kata Shahidan lagi, KWP turut memberikan subsidi bersasar sebanyak RM3 bagi pembelian seekor ayam (Super), dan subsidi 50 sen bagi 10 biji telur ayam.

“Pemberian subsidi ini akan memanfaatkan seramai 147,000 penduduk yang tinggal di 61 Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur.

“Sehingga 5 Ogos 2022, seramai 63,296 penerima manfaat telah menikmati subsidi ayam segar dan telur ayam di Kuala Lumpur dengan nilai subsidi yang telah dibiayai oleh KWP sebanyak RM221,536.00,” jelas Shahidan lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here