Lagi kes melibatkan pesawat ringan, kali ini di Langkawi

0
16
Gambar hiasan LTAL

ALOR SETAR – Sebuah pesawat ringan jenis Diamond DA-42 Twin Star tersasar dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, kejadian pukul 11 pagi itu berlaku apabila pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-HMY itu hilang kawalan ketika mendarat.

Beliau berkata, kedua-dua juruterbang yang mengendalikan pesawat HM Aerospace Sdn Bhd (HMA) itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah melalui pemeriksaan kesihatan.

“Akibat kemalangan itu, LTAL terpaksa ditutup seketika untuk pemeriksaan keselamatan landasan dan telah dibuka semula pada pukul 12.20 tengahari.

“Siasatan lanjut mengenai insiden itu akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Pada Isnin lalu, sebuah pesawat ringan jenis Piper 28-161 terhempas berhampiran Medan Gopeng di Ipoh, mengorbankan seorang juruterbang dan seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Sehubungan itu kata Chester, CAAM akan mengadakan satu taklimat keselamatan melibatkan pihak pengurusan organisasi latihan penerbangan dalam usaha mempromosikan keselamatan penerbangan

Tambahnya, semua aspek keselamatan pesawat dalam ekosistem organisasi latihan penerbangan akan dikaji semula untuk penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap piawaian keselamatan semua pihak dalam industri penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here