Lebih setengah juta bunga di Royal Floria Diraja Putrajaya 2022

0
13
Antara peralatan yang dirampas susulan kejayaan membongkar makmal dadah dalam hutan di Chenderiang, Perak, Jumaat lalu.

IPOH – Polis berjaya membongkar kegiatan makmal haram memproses dadah dan membuat rampasan lebih RM6 juta dalam serbuan di sebuah bangsal di hutan di Chenderiang, Perak, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan pada jam 9.45 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tapah.

Menurutnya, lima lelaki berusia berusia antara 29 hingga 33 tahun yang dipercayai terbabit dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah jenis methamphethamine berjaya ditahan.

“Hasil serbuan, polis merampas sejumlah dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 110.453 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM6,627,180.


“Turut dirampas dalam operasi itu adalah bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Mohd Yusri pada sidang media di perkarangan IPK Perak berkata, ujian saringan air kencing ke atas kelima-lima suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah.

“Dua antara yang ditahan ialah adik-beradik dan semua suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Semakan rekod jenayah mendapati empat suspek mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah pecah rumah secara berkumpulan,” katanya

“Sindiket itu dipercayai mula aktif sejak Jun 2022 dan dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar Perak.

Menurutnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Kita turut menyita dua kenderaan dan pelbagai barang kemas dianggarkan keseluruhan nilai harta yang disita RM161,375

“Nilai keseluruhan rampasan dadah bersama anggaran harta yang disita adalah RM6,788,555,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima suspek direman selama seminggu mulai Sabtu hingga 2 September depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here