Lebih setengah juta bunga di Royal Floria Diraja Putrajaya 2022

0
37
Kredit gambar : Tourism Malaysia

PUTRAJAYA – Showcase spesies bunga dan tumbuhan hiasan paling dinantikan, Royal Foria Putrajaya kini kembali menemui peminat di tapak festival Anjung Floria, Presint 4, di sini.

Acara anjuran Perbadanan Putrajaya yang bermula hari ini sehingga 4 September menampilkan kira-kira setengah juta pokok bunga termasuk lebih 10,000 orkid dan bonsai.

Antara Bertemakan ‘Awesome Floria’, pameran edisi ke 12 ini mengetengahkan 25 taman dengan kepelbagaian tema antaranya Keluarga Malaysia, Taman Instagram, Dinding Orkids, Terowong Oncidium, Menara Jam, Taman Glow in the Dark, bonsai, taman Jepun dan banyak lagi.

Kredit gambar : Tourism Malaysia

Tarikan seisi keluarga yang lain termasuk taman koboi, mergastua, zon Riang Kanak-Kanak, petting zoo, istana pelampung, ATV, e-skooter dan zipline.

Tarikan lebih unik menanti pengunjung pada sebelah malam apabila taman-taman di festival ini dilimpahi cahaya pelbagai warna.

Tiket masuk ke Floria Putrajaya adalah RM15 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak, RM15 untuk warga emas dan percuma untuk Orang Kurang Upaya.

Kredit gambar : Tourism Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here