Lelaki azan di tokong kurang siuman

0
29
Tangkap layar lelaki dipercayai kurang siuman melaungkan azan berhampiran sebuah tokong Cina di Butterworth, baru-baru ini.

BUTTERWORTH –  Lelaki yang tular
melaungkan azan di hadapan patung di sebuah tokong Cina di sini adalah individu kurang siuman dan mempunyai masalah mental.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San selepas mengambil keterangan dari beberapa saksi.

Kejadian melibatkan suspek lelaki berusia 40 tahun yang tinggal di Jalan Kilang Ubi itu merupakan kali kedua selepas tahun 2017.

“Maklumat yang diterima mendapati suspek memang dikenali masyarakat di kawasan berkenaan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video rakaman tindakan lelaki berkenaan yang melaungkan azan di hadapan patung di sebuah tokong tular di laman sosial.

Kandungan video yang dipercayai berlaku pada 26 Julai sempena Perayaan Hantu Lapar yang disambut pada Julai setiap tahun.

Sementara itu, Cheng San turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti serta memecah belahkan keamanan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here