Lelaki suap vape pada bayi direman lima hari

0
17
Tangkap layar video yang disuapkan vape baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini memerintahkan tahanan reman selama lima hari terhadap seorang lelaki yang meletakkan rokok elektronik pada mulut bayi baru-baru ini.

Majistret, R. Salini memerintahkan tahanan kepada suspek berusia 23 tahun itu bermula hari ini.

Suspek ditahan pada 12.45 tengahari semalam semasa hadir memberi keterangan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid semalam memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung video yang tular itu daripada ibu bayi pada pukul 2.56 petang pada Sabtu lalu.

“Suspek yang juga seorang peniaga ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Utara (JBU).

Mengulas lanjut, beliau berkata, ibu bayi berkenaan memaklumkan pada hari kejadian, dia dan anaknya itu berada di kedai makan terbabit bersama adik perempuannya dan suspek lelaki yang juga kenalan adiknya.

“Pengadu memaklumkan, suspek memangku bayi itu dan secara tiba-tiba dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi berkenaan.

“Kejadian itu dirakam adik perempuan pengadu sebelum rakaman itu dimuat naik oleh adiknya di laman media sosial, sekali gus menjadi tular. Video itu kemudian mendapat kecaman masyarakat di media sosial,” katanya.

Rakaman berdurasi 15 saat tersebut kemudian dimuat naik oleh adik pengadu ke dalam laman sosialnya sebelum tular dan mendapat kecaman daripada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here