Lesen vokasional p-hailing berbeza daripada GDL biasa – Ka Siong

0
18
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen memandu vokasional (GDL).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, lesen yang namanya akan ditentukan kemudian itu akan dilaksanakan secara dalam talian selama tiga jam tanpa perlu ke institut memandu dan menghadiri kursus khas.

“Jaminan saya, ia langsung tidak sama dengan GDL yang telah dijalankan terhadap mana-mana kenderaan empat roda atau mereka yang bawa barangan,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

“Mereka juga tidak perlu hadir ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti yang disyaratkan bagi kereta kerana penghantaran barangan melalui motosikal adalah secara kecil-kecilan dan mereka juga akan dikenakan caj minimum iaitu tidak melebihi RM10 bagi tujuan pendaftaran lesen.

“Masa nak serap mereka masuk (daftar), (kita akan) bagi moratorium dan tidak perlu bayar setahun. Dengan cara ini, kita akan dapat semua data mengenai penunggang p-hailing,” katanya sambil menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pengenalan lesen khas berkenaan adalah membebankan.

Jelas Ka Siong, lesen vokasional khas itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada status penunggang p-hailing selain membolehkan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengetahui bilangan penunggang yang ada dalam negara dan memudahkan penyaluran bantuan kepada komuniti itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here