MAHA 2022 jadi medan pameran teknologi pertanian 

0
47
Hari kedua penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mendapat sambutan meriah daripada ribuan pengunjung di sini, hari ini. Kredit foto – Afizi Ismail.

SERDANG – Penggunaan teknologi seperti pesawat dron penyembur racun dan baja di kawasan tanaman sudah tidak asing lagi kerana kepantasannya berbanding melakukannya secara manual.

Selain itu, penggunaan teknologi moden tersebut juga dapat mengoptimumkan daya pengeluaran selain mengurangkan pembaziran sumber.

Syarikat Aerodyne yang merupakan sebuah syarikat milik usahawan tempatan turut tidak ketinggalan menyediakan perkhidmatan meracun dan membaja pelbagai jenis tanaman dengan menggunakan teknologi dron.

Executive Business Development Aerodyne, Farhan Syahmi Mohd Yusoff (tengah) sedang memberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Aerodyne.

Menurut Executive Business Development Aerodyne, Farhan Syahmi Mohd Yusoff, sebuah dron boleh digunakan untuk kawasan seluas 10 hektar dalam masa sehari.

“Kita ada buat semburan racun dan baja untuk tanaman-tanaman di Malaysia seperti nanas, kelapa sawit dan pokok getah manakala bagi sebuah dron kita boleh gunakan untuk kawasan seluas 10 hektar sehari,” katanya ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Tambanya lagi, setiap tanaman mempunyai cara semburan yang tersendiri di samping masa yang diambil untuk menyelesaikan semburan juga adalah berbeza bergantung kepada luas kawasan tanaman berkenaan.

Dalam pada itu, tinjauan Malakat Tribune mendapati suasana hari kedua MAHA sibuk dengan ribuan pengunjung yang hadir seawal jam 11 pagi.

Antara yang menarik ialah jualan buah-buahan dari ladang, pameran tekonologi pertanian, trak makanan dan aktiviti menunggang kuda.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ayam Bismi, Mazlina Kamaruddin berkata, pihaknya juga terbabit dalam pameran itu dengan menawarkan promosi harga yang lebih murah bagi produk-produk segar milik jenama itu.

Pengarah Urusan Ayam Bismi, Mazlina Kamaruddin memperagakan produk Ayam Bismi di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, Serdang.

“Produk-produk ayam yang kami hasilkan adalah semuanya sendiri dari ladang kami.

“Untuk produk produk Ayam Bismi, kita jual dengan harga yang lebih murah dan yang kedua kami juga sedang mencari agen dan stokis,” katanya.

Tambahnya lagi, gerai jualan Ayam Bismi akan beroperasi sehingga hari terakhir karnival MAHA iaitu pada 14 Ogos ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here