Mahkamah Tinggi bebaskan Hasanah daripada tuduhan pecah amanah RM50 juta

0
19
HASANAH ABDUL HAMID

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dibebaskan sepenuhnya daripada kes pecah amanah RM50 juta.

Pada April tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hasanah daripada kes itu.

Hasanah didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan denda.

Hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain membenarkan permohonan Hasanah untuk mengubah perintah mahkamah daripada DNAA kepada pembebasan penuh, selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Johari tidak mengemukakan sebarang bantahan.

“Berdasarkan fakta, pihak pendakwaan tidak berhasrat melakukan perkara itu.

“Jadi, mahkamah ini akan memberikan perintah lepas dan bebas kepada pemohon (Hasanah).

“Tidak adil membiarkan (tuduhan) terhadapnya lebih setahun,” katanya.

Pembebasan sepenuhnya bermaksud, pihak pendakwaan tidak boleh mendakwa Hasanah semula di atas pertuduhan yang sama sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here