Mahkamah tolak permohonan peguam Najib, perbicaraan diteruskan

0
36

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik daripada menarik diri mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes rayuan SRC International.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika menyampaikan keputusan itu berkata, panel lima hakim sebulat suara menolak permohonan Hisyam atas alasan, ia bergantung kepada budi bicara mahkamah.

Selain itu, Tengku Maimun berkata, panel berpendapat, ketua pembelaan itu gagal untuk menunjukkan alasan yang munasabah untuk mengundurkan diri daripada prosiding.

“Kami sebulat suara berpandangan peguam (Hisyam) gagal menunjukkan sebab yang diperlukan (untuk pengunduran itu). Maka permohonan beliau untuk mengundurkan diri ditolak, dan perlu kekal berada dalam rekod demi kepentingan keadilan,” katanya

Tengku Maimun kemudian mengarahkan prosiding diteruskan, dengan ketua pendakwaan Datuk V. Sithambaram meneruskan hujahannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here