Malakat Mall dalam proses transformasi, bakal tampil lebih menarik dan segar – Coach Fadzil

0
54
Coach Fadzil

CYBERJAYA – Pusat beli belah mesra Muslim, Malakat Mall sedang dalam proses mentransformasi pusat beli belah itu bagi menarik kehadiran lebih ramai pelanggan.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, antara langkah yang dilakukan ialah dengan membawa masuk barangan dari Turkiye.

Selain itu, katanya, pasar raya Malakat Grocer juga diberikan nafas baharu dengan mengwujudkan pasar basah.

“Sekarang kita sudah rancang macam-macam dan dah bawa masuk lebih 10 kontena barang dari Turkiye. Kita mendapat banyak tawaran daripada jenama di sana untuk diedarkan di sini yang mana ia akan menambah kekuatan Malakat di mana orang lain tak ada produk itu namun kita ada.

“Malahan produk dari Turkiye itu juga dijual dengan harga mampu milik,” katanya dalam siaran langsung menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, Malakat Mall tidak terhad dengan menjual produk milik Muslim sahaja.

Beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan produk milik peniaga bangsa lain.

“Kita bukan jual barang Muslim saja, barang-barang sapa pun boleh jual. Barang Mat Saleh ka, barang Mat Cina ka, barang Mat India ka, barang Kapten Syers pun boleh jual tak ada masalah.

“Kalau ada demand tak ada masalah cuma bezanya kita bagi spesial lane dan kemudahan untuk barangan milik bumiputera contohnya untuk pasar produk mereka dengan free sampling, nak buka booth tak perlu bayar, nak promosi produk tak perlu bayar dan boleh buat produk launching di sini,” katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan bahawa pihaknya masih berhutang dengan vendor dan pemilik barangan usahawan industri kecil sederhana (IKS), katanya, perkara itu telah diselesaikan sebelum ini.

“Isu hutang IKS sepatutnya dah diselesaikan kalau masih ada berhutang dan rasa teraniaya tolong pm saya dan saya akan pastikan seberapa segera untuk kita selesaikan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai projek untuk usahawan TeaAmo, katanya, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya isu berkenaan dan memohon maaf di atas kelewatan yang berlaku.

“Kepada semua partner dan rakan usahawan saya ambil tanggungjawab ini dan mohon maaf atas kelewatan untuk roll up.

“Komitmen kami adalah untuk jadikan TeaAmo menjadi besar dan bernilai tinggi.
Pada waktu sekarang lebih 30 outlet telah dibuka dan ia masa terbaik untuk kita roll out dan susun sekarang.

“Doakan kami dapat memenuhi segala komitmen kami. Kami mulakan bisnes pada waktu paling mencabar, tapi kita tak lari dan akan lawan serta ajak semua untuk bersama.sertai projek Malakat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here