Malakat Mall Melaka akan kembali dengan ciri baharu

0
31
Proses renovasi di bahagian dalam premis sedang berjalan.

CYBERJAYA – Malakat Mall Melaka yang akan beroperasi tidak lama lagi akan memperkenalkan konsep belian secara pukal khusus buat peniaga kecil di seluruh negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail berkata, premis yang bakal dibuka pada suku keempat tahun ini di Rembia, sedang menjalani proses renovasi.

Hilmi (tiga dari kanan) ketika meneriam kunci premis dari pemilik bangunan pada April lepas.

“Proses renovasi berjalan lancar, dan kami akan menemui pelanggan tidak lama lagi, kata Hilmi.

Tambahnya, selain Malakat Grocer, pihaknya turut akan membuka Malakat Borong di lokasi berkenaan.

“Selain Malakat Grocer, kita juga akan buka Malakat Borong.

“Premis ini berkonsep belian secara pukal yang mana amat sesuai buat golongan peniaga kecil,” kata Hilmi ketika ditemui Malakat Tribune, hari ini.

Malakat Mall yang sebelum ini beroperasi di Masjid Tanah kini dalam proses berpindah ke lokasi yang lebih strategik dan mudah di akses lebih ramai warga Melaka.

Lokasi baharu yang bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Rembia dan lebuh raya AMJ adalah lebih strategik kerana ia terletak di pertengahan laluan bagi penduduk sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah dan juga Cheng.

“Lokasi strategik ini membolehkan lebih ramai rakyat Melaka datang lihat sendiri tawaran kami.

“Jadi, nantikan pengumuman kani selanjutnya mengenai tarikh pembukaan Malakat Mall Melaka nanti, ” kata Hilmi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here