Malakat Mall sedia khidmat mencuci kasut 

0
26
Zairul Syazrill Zabidi, 20, yang bekerja di sebuah kedai mencuci kasut di pusat beli belah Malakat Mall di sini.

CYBERJAYA – Kerja mencuci kasut bukanlah satu perkara yang mudah dan mungkin atas faktor itu, sukar untuk pelanggan menjumpai kedai yang menyediakan khidmat tersebut.

Tidak semudah yang disangka, kerja-kerja untuk mencuci kasut juga memerlukan peralatan dan sabun khas bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Malah, menurut Zairul Syazrill Zabidi, 20, yang bekerja di sebuah kedai mencuci kasut di pusat beli belah Malakat Mall di sini, setiap berus bagi kerja mencuci kasut pelanggan adalah berbeza bergantung kepada jenis kasut itu.

“Kita menggunakan sabun khas untuk cuci kasut dan pelbagai barang seperti berus yang mempunyai fungsi yang berlainan,” katanya kepada Malakat Tribune.

“Berus yang lembut sesuai digunakan bagi kasut yang mempunyai kain yang lembut seperti kasut sukan mankala untuk berus yang keras pula untuk kasut yang mempunyai permukaan yang keras,” katanya kepada Malakat Tribune.

Zairul Syazrill Zabidi menunjukkan teknik cucian kasut dengan menggunakan berus dan sabun khas kepada Malakat Tribune di sini, hari ini. 

Zairul Syazrill berkata, kedai tersebut menerima semua jenis kasut untuk dicuci seperti kasut sukan, kasut kulit, kasut bola, kasut jalan dan bermacam-macam lagi.

Katanya, harga yang dikenakan juga berpatutan iaitu serendah RM25 bergantung kepada jenis dan tahap kekotoran kasut berkenaan.

Dalam pada itu, Zairul Syazrill berkata, kedai mencuci kasut itu dibuka pada setiap hari di tingkat satu di pusat beli belah itu.

“Sekarang ini kita tengok susah nak jumpa kedai yang sediakan khidmat cuci kasut jadi bagi penduduk sekitar Sepang, Cyberjaya dan Putrajaya yang nak cuci kasut, boleh lah datang ke Malakat Mall,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here