Malakat Mall sediakan ruang belajar dan lepak 24 jam pertama di Cyberjaya 

0
73
‘Pulun 24’ yang bakal dibuka kepada umum tidak lama lagi di Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Antara cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang sering diperkatakan adalah penyediaan persekitaran belajar yang kondusif.

Oleh sebab itu, Malakat Mall telah mengambil satu pendekatan proaktif dengan menyediakan ruang belajar dan lepak 24 jam di sini, tidak lama lagi.

Menurut Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, ruang belajar dan lepak yang diberi nama ‘Pulun 24’ itu adalah sebahagian daripada pelan transformasi Malakat.

“Pulun 24, Pusat Usahawan dan Pelajar
adalah satu-satunya ruang yang boleh digunakan oleh usahawan dan student yang buka 24 jam.

“Jadi pada siapa yang kaki kerja tu, kaki memang tak tidur malam, dan tak tahu nak stay up dekat mana. Ini adalah untuk anda!,”katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, dalam satu kenyataan berkata, ruangan ini juga bakal dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap kepada bakal pengunjungnya.

“Fasiliti lengkap seperti kiosk cetak, internet untuk pelajar dan juga tempat bekerja di samping makanan dan perkhimatan lain juga bakal disediakan,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, selain daripada ruangan belajar, penjualan produk dari Turkiye dan kempen ‘Pasar Basah Cyberjaya’ juga adalah antara pelan transformasi Malakat yang sedang diusahakan.

“Produk-produk dari Turkiye baru masuk. Itu akan menjadi satu kekuatan yang cukup besar dengan kempen Pasar Basah Cyberjaya yang kita akan gerakan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here