Malaysia catat kadar pengangguran terendah sejak pandemik Covid-19 

0
21
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran pada bulan Jun telah berkurang kepada 3.8 peratus berbanding 5.3 peratus semasa Jun 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, angka tersebut merupakan angka terendah yang dicatatkan dalam tempoh satu tahun.

“Alhamdulillah, kadar pengangguran pada bulan Jun telah turun kepada 3.8 peratus angka terendah berbanding 5.3 peratus semasa Jun 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

“Dengan memomentum pemulihan ekonomi yang lebih baik, insya-Allah lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan, memanfaatkan lebih ramai,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini, hari ini.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor juga berkata, salah satu sasaran utama Bajet 2022 ialah penciptaan pekerjaan di mana RM4.8 bilion diperuntukkan di bawah inisiatif #JaminKerja.

Tambahnya lagi, dengan kadar pengangguran disasarkan empat peratus pada tahun ini, kadar pengangguran terkini telah pun mengatasi sasaran yang ditetapkan.

Memetik statistik Tenaga Buruh Malaysia Jun 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, negara telah mencapai guna tenaga penuh sejak bulan April 2022 dengan kadar pengangguran di bawah empat peratus.

Kadar tersebut adalah berdasarkan definisi yang ditetapkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here