Man Utd vs Liverpool di Malakat Mall awal pagi nanti!

0
35

CYBERJAYA – Buat para kaki bola yang masih mencari ‘port’ menonton perlawanan langsung, dijemput singgah di Malakat Mall kerana pusat beli belah itu akan mengadakan tayangan perlawanan terpilih pada setiap hari Selasa, Sabtu dan Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail berkata, buat masa ini perlawanan terpilih yang akan ditayangkan merupakan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tayangan akan dimulakan pada esok pagi, iaitu perlawanan di antara pasukan Manchester United menentang Liverpool pada pukul 3 pagi.

“Pada masa akan datang, kita akan adakan juga majlis tontonan perlawanan lain, terutamanya yang melibatkan pasukan kebangsaan kita, Harimau Malaya,” kata Hilmi, hari ini.

Lokasi tontonan yang disediakan adalah berhadapan dengan PULUN24, bersebelahan Tea Amo Cafe.

Hilmi turut menambah, pihaknya turut mengadakan jualan makanan ringan dan minuman ketika tayangan.

“Kami mahukan penonton merasai keselesaan, dapat minum dan makan sewaktu menonton perlawanan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here