MOF jemput rakyat beri maklum balas mengenai program subsidi bersasar

0
9
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menjemput rakyat Malaysia untuk memberi maklum balas kepada Tinjauan Umum berkaitan Program Subsidi Bersasar sebagai input kepada kerajaan semasa merangka Program Subsidi Bersasar.

Menurut MOF dalam satu kenyataan hari ini, maklum balas kepada Tinjauan Umum tersebut boleh dimuat turun melalui laman web ini.

“MOF mengalu-alukan maklum balas bagi Tinjauan Umum ini dilengkapkan dan dikemukakan sebelum atau pada 30 Ogos 2022,” kata kenyataan itu.

Langkah ini, kata kenyataan itu lagi, bagi memastikan subsidi yang disediakan kerajaan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada kumpulan sasar.

“Tinjauan Umum ini juga merupakan pendekatan baharu MOF dalam siri penerbitan Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha untuk menjadikan proses penyediaan bajet tahunan lebih telus dan penglibatan semua pihak secara menyeluruh,” katanya.

Menurut MOF, kerajaan yakin penerbitan KKA akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing bagi membolehkan kerajaan merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar pembangunan sosio-ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here