Mohamaddin umum sertai PBM

0
61

KOTA KINABALU – Setelah dua bulan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Laporan Sinar Harian menyebut, Mohamaddin yang menduduki kerusi Lahad Datu membuat pengumuman itu hari ini dalam satu sidang akhbar kas yang turut dihadiri Presiden PBM, Datuk Larry Sng Wei Shien yang juga Ahli Parlimen Julau dan Presiden Parti Kuasa Rakyat, Kamaruzaman Yaakob.

“Hari ini saya mengumumkan secara rasmi bahawa saya kini dan juga rakan-rakan dari Lahad Datu menyertai PBM.

“Saya juga berasa berbesar hati kerana Presiden PBM, Datuk Larry turut serta bersama kita bersama Kamurazaman sebagai Presiden Parti Kuasa Rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here