Murid maut dipercayai disambar petir ketika gunakan telefon bimbit

0
13

GUA MUSANG – Seorang murid perempuan ditemukan maut dipercayai disambar petir ketika sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar, di sini semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, ditemukan terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan, kata portal Awani.

Menurut bapa mangsa, M Nor Zawawi Awang, ketika kejadian, dia baharu selesai menunaikan solat Asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

Katanya, ketika kejadian turut berlaku hujan renyai.

“Selepas solat asar berlaku ‘blackout’ elektrik di rumah.

“Saya kembali ke surau dan isteri panggil balik, anak dalam bilik tak sedar diri dan saya tengok dia pengsan ada sedikit kesan terbakar dekat lengan.

“Saya pun terus bawa ke klinik Kuala Betis dan disahkan meninggal,” katanya.

Jelasnya, mayat anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Betis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here