Mydin sedia bantu Malakat Mall, buka reruai barang murah sempena ulang tahun ke-65

0
377
Coach Fadzil bersama Datuk Ameer Ali ketika semasa trip ke Yiwu, China enam tahun lalu.

CYBERJAYA – Malakat Mall terus mendapat suntikan semangat apabila usahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin bersedia membantu pusat beli belah mesra Muslim itu.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, menerusi kerjasama itu, Mydin akan membuka reruai menjual produk dibawah harga yang murah sempena sambutan ulang tahun Mydin yang ke-65 tahun.

“Terima kasih Datuk Ameer Ali Mydin kerana sudi membantu kami di Malakat Mall.

“Insya-Allah Mydin akan membuka booth menjual produk dibawah harga yang giler-giler murah sempena sambutan ulang tahun Mydin yang ke-65 tahun.

“Niat Datuk hanyalah untuk membantu Malakat menarik pelanggan ke Malakat Mall sebagai usaha membantu kami,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil juga melahirkan perasaan terharu dan terima kasih di atas bantuan yang diberikan itu.

Beliau turut mendoakan semoga Allah terus memberkati usaha usahawan terkenal itu dan keluarga besar Mydin dengan kesihatan dan rezeki yang diberkati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here