Mydin sumbang bakul makanan kepada ahli PVTTBM

0
19
Ahimmat (dua, kiri) bersama salah seorang ahli PVTTBM yang menerima bantuan bakul makanan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) hari ini menyumbangkan bantuan bakul makanan kepada 300 penerima daripada ahli persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM).

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin berkata, sumbangan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin Prihatin itu bersempena ulang tahun Mydin ke-65 seiring dengan sambutan Bulan Kebangsaan negara.

“Sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada veteran tentera yang telah menyumbang kepada penuntutan kemerdekaan negara, di samping meringankan kos sara hidup golongan itu pada masa ini mengandungi beras, gula pasir, bihun, sardin dan tepung antara lain bagi menyantuni ahli persatuan.

“Dengan krisis ekonomi global, Mydin memahami kesusahan dihadapi oleh rakyat, khususnya veteran tentera tanpa pencen. Oleh itu, Mydin dengan rakan pembekal kami memperuntukkan sehingga RM20,000 untuk sumbangan bantuan ini bagi menghargai jasa dan bakti veteran tentera terhadap negara,” katanya.

Beliau berkata kepada Bernama selepas program sumbangan itu di Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Jelatek di sini.

Program CSR Mydin Prihatin merupakan inisiatif berterusan daripada Mydin bagi menyantuni golongan memerlukan seperti asnaf, warga emas dan anak yatim serta rumah kebajikan berdaftar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here