Nahas pesawat Piper: PM ucap takziah atas pemergian jurulatih penerbangan 

0
29
Jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, maut dalam satu nahas sebuah pesawat jenis PIPER 28-161 yang terhempas berhampiran rumah pam Sungai Rokam semalam.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 atas pemergiannya dalam nahas pesawat yang terhempas semalam.

Ismail Sabri menyampaikan salam takziah itu menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau pagi tadi.

“Takziah buat keluarga Allahyarham Fajim Juffa dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saya mendoakan agar Muhammad Din Fikri Zainal Abidin segera pulih dari kecederaan yang dialami,” katanya.

Semalam, sebuah pesawat jenis PIPER 28-161 terhempas berhampiran rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Difahamkan, pihak polis tidak menolak kemungkinan pesawat Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA berkenaan berlepas dari sekolah penerbangan terbabit lebih awal.

Siasatan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bakal dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here