Najib bidas PH membisu isu projek LCS

0
34
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang ‘membisu’ berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur (LCS).

Beliau berkata, PH pada ketika menjadi kerajaan mengabaikan projek itu dan kapal pertama tidak diserahkan seperti dijadualkan pada tahun 2019.

“Kerajaan PH tengok sahaja projek itu ditangguhkan dan kapal pertama tidak diserahkan seperti dijadualkan pada tahun 2019.

“Sepatutnya sebagai kerajaan masa itu mereka patut pastikan kapal diserah seperti dijadualkan – bukan tak buat apa-apa dan tak berbunyi masa itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, sepatutnya sebagai kerajaan pada ketika itu mereka perlu memastikan kapal tersebut diserahkan seperti yang dijadualkan.

“Langsung tak ada berita berkenaan ini ketika kerajaan PH memerintah.

“Projek hanya disambung semula pada bulan Mei 2022 oleh kerajaan hari ini apabila kontrak ditandatangan untuk sambung projek ditanda tangan selepas pandemik Covid pada tahun 2020 dan 2021,” ujarnya lagi.

Terdahulu, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada satu pun LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu

Laporan itu turut mendedahkan terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here