Najib mohon maaf kepada penyokong jika keputusan tidak sebelahi dirinya

0
29
Datuk Seri Najib Tun Razak keluar bertemu penyokongnya sebentar tadi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada semua sekiranya keputusan rayuan akhir SRC International Sdn Bhd tidak menyebelahi dirinya.

Beliau berkata demikian kepada penyokongnya selepas keluar seketika dari bangunan mahkamah ke bahagian perkarangan luar.

“Jika keputusan ini buruk pada saya, saya minta maaf. Saya telah berusaha sedaya upaya saya,” katanya dalam nada sebak dan sayu.

Difahamkan lima panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan menyampaikan keputusan akhir rayuan itu.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan kini dalam prosiding rayuan terakhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here