Najib tamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahum Suflan Th Liew & Partners 

0
47
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik (hujung kanan) mengadakan sidang media di Mahkamah Perseketuan.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahum Suflan Th Liew & Partners daripada mewakilinya dalam prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.

Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib sebelum ini bagaimanapun tiba di perkarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 8.15 pagi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kenderaan yang membawa Najib dilihat tiba di Istana Kehakiman dengan diiringi anggota polis sekitar jam 9.18 pagi bagi menghadiri prosiding rayuan akhir kes itu.

Kelihatan juga beberapa orang penyokong Najib yang melaungkan perkataan ‘Bossku’ di pintu masuk Istana Kehakiman dan hanya petugas media tempatan serta luar negara saja dilihat berkumpul di situ.

Bagaimanapun, kawalan keselamatan masih diperketat dengan pagar besi diletakkan di semua pintu keluar dan masuk mahkamah, selain hanya peguam atau individu yang mempunyai urusan saja dibenarkan masuk.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada mewakili Najib dalam prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Kata Hisyam, beliau memerlukan masa untuk meneliti dokumen sebelum membela anak guamnya dalam prosiding rayuan itu.

Tambahnya lagi, sekiranya diberikan waktu yang munasabah seperti diminta, beliau akan kembali dan berhujah satu persatu terhadap pendakwaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here