Najib tiba di Istana Kehakiman

0
19

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman bagi proses rayuan berhubung sabitan kes SRC International, hari ini.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 9.05 pagi dengan diiringi para pegawainya.

Najib sebelum ini telah didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Najib dan pasukan peguamnya daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, dilaporkan bakal mengemukakan kekhilafan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pendakwaan yang menafikan hak mengikut Perlembagaan Persekutuan, yang dianggap menyebabkan ketidakadilan serius apabila bekas Perdana Menteri itu mendakwa gagal mendapatkan perbicaraan adil dan saksama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here