Nurul Izzah sah bergelar isteri kepada Yin Shao Loong

0
367
Nurul Izzah bersama pasangannya, Yin Shao Loong bergambar kenangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah

CYBERJAYA – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sah bergelar isteri kepada Yin Shao Loong selepas kedua pasangan itu selamat diijabkabulkan petang semalam.

Berita gembira itu disahkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21),” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memohon doa daripada semua supaya sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here