Pandelela tamatkan acara akhir 10m platform wanita di kedudukan ke-11

0
26
Pandelela

BIRMINGHAM – Jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong menamatkan acara akhir 10m platform wanita temasya Sukan Komanwel di kedudukan ke-11 daripada 12 penerjun.

Penerjun berusia 29 tahun itu, yang berada di tempat keempat di Gold Coast empat tahun lalu, menamatkan lima terjunnya dengan mengumpul 260.90 mata, sekali gus gagal mengulangi pencapaian emas di New Delhi 2010 sementara perak di Glasgow 2014, memetik laporan Astro Arena.

Sementara itu, peserta tuan rumah berusia 17 tahun, Andrea Spendolini-Sirieix, memukau penonton tuan rumah di Pusat Akuatik Sandwell dengan terjunan emasnya selepas mengumpul 357.50 mata bagi menamatkan saingan di depan rakan senegara, Lois Toulson, (337.30 mata) dan Caeli McKay dari Kanada (317.50). mata).

Pandelela bermula dengan baik dengan memungut 60 mata dalam dua terjunan awal untuk menghuni tangga ketiga, pemenang Piala Dunia 2021 itu kemudian tersilap langkah dalam terjunan ketiga untuk terperosok di tangga keenam.

Momentumnya terus terganggu dalam terjunan seterusnya yang mendorongnya terlepas podium.

Pandelela berpeluang untuk bangkit menerusi acara 10m platform seirama wanita bersama Nur Dhabitah Sabri sebelum bergandingan dengan Jellson Jabillin dalam platform 10m seirama campuran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here