PBM sah mohon sertai BN, tapi belum ada jawapan – Zuraida

0
46
Zuraida Kamarudin

KUALA LUMPUR – Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Presiden Penaja PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, permohonan itu dibuat tiga minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini BN masih belum menjawab permohonan tersebut.

“PBM telah membuat permohonan kepada BN, dalam tiga minggu lalu untuk menjadi sebahagian daripada komponen gabungan itu.

“Kita masih lagi menunggu jawapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangi memorandum persefahaman (MoU) Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Antarabangsa Ke-10, di sini hari ini.

Sebelum ini, Zuraida memaklumkan akan mengetuai perbincangan PBM dengan BN untuk kerjasama bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Zuraida mengesahkan menyertai PBM dan diumum sebagai bakal memegang jawatan presiden parti itu pada Jun lalu.

Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya terbuka untuk mempertimbangkan penyertaan parti itu yang senada dengan perjuangan BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here