Peguam Najib fail permohonan Ketua Hakim Negara tarik diri dengar rayuan anak guamnya

0
37

PUTRAJAYA – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah memfailkan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuannya.

Peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu, permohonan tersebut difailkan pada malam Isnin.

Beliau menambah, salinan permohonan itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Bekas perdana menteri itu membuat rayuan atas sabitan oleh hakim perbicaraan, Datuk Nazlan Ghazali bagi semua tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here