Peguam Negara dilantik ketuai jawatankuasa siasat insiden antara KPPA, pegawai imigresen

0
78
Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan KPPA bercakap sesuatu kepada pegawai imigresen di KLIA.

CYBERJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, turut dilantik bagi menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua pihak.

“Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan insiden berkenaan.

Baru-baru ini tular dakwaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengherdik dan menghambur kata-kata kesat terhadap seorang pegawai imigresen di KLIA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here