Pejabat Pos mini bakal dibuka di Malakat Mall, sediakan khidmat penyimpanan dan pengeposan 

0
7
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Sebuah pejabat Pos mini akan dbuka di pusat beli belah Malakat Mall di sini bagi kemudahan orang ramai tidak lama lagi.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, menerusi kerjasama dengan
Pos Malaysia itu, pihaknya akan menyediakan khidmat pengeposan dan penyimpanan barang.

“Malakat akan sediakan khidmat ‘Fullfilment by Malakat’ dan penjual secara dalam talian boleh simpan stok dan kami buat proses pembungkusan dan penghantaran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Katanya, pejabat Pos itu akan beroperasi di tingkat bawah pusat beli belah mesra Muslim itu.

Untuk rekod, Pos Malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia dengan lebih 1,000 saluran di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here