Pelari pecut negara mohon doa untuk catatan terbaik di final

0
22
Muhammad Azeem yang memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 10.09 s di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia.

CYBERJAYA – Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yakin untuk layak ke pusingan akhir sekaligus menghadiahkan catatan masa lebih baik dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia.

Terdahulu dalam temasya sukan itu, Azeem memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan masa 10.09s iaitu kedua terpantas dalam saringan untuk ke separuh akhir.

Dalam hantaran di Instagramnya hari ini, pelari berusia 18 tahun itu meminta rakyat negara ini bersama-sama mendoakan kejayaan untuk beliau meloloskan diri ke pusingan akhir.

“Terima kasih atas semua ucapan. Alhamdulillah untuk segalanya. Separuh akhir dan diharap ke final.

“Hanya satu yang minta daripada anda semua pada masa ini iaitu doa dan positiviti, itu senjata yang paling kuat untuk diri saya.

“Insya-Allah, bismillah..doakan kejayaan saya,” tulis Azeem dalam Instastory hari ini.

Dalam saingan terdahulu, Azeem menamatkan pecutan pada tempat kedua di belakang atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 10.00s.

Untuk rekod, Tebogo merupakan pemegang rekod remaja dunia dalam acara itu dengan catatan 9.94s.

Selain Azeem, yang turut layak dalam saringan sama ialah pelari Jepun, Hiroki Yanagita yang mencatat masa 10.24s.

Rekod 100m kebangsaan sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

Azeem yang berasal dari Ipoh, Perak akan meneruskan aksinya di peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsung, awal pagi esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here