Pemalsuan kad pengenalan, 107 ditahan sejak Januari

0
153

KUALA LUMPUR – Sebanyak 107 individu ditangkap sejak Januari lalu kerana terlibat dalam sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, tangkapan itu hasil daripada 317 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu 249 operasi penguakuasaan kendalian JPN dan 38 operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain.

“Daripada jumlah tersebut, 36 orang individu telah didakwa atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu 19 orang memiliki kad pengenalan palsu dan 17 orang menggunakan kad pengenalan orang lain.

“Warga asing paling ramai ditangkap adalah berasal dari Filipina iaitu seramai 27 orang,” kata KDN dalam jawapan lisan yang tidak dijawab di Dewan Rakyat, hari ini.

KDN dalam pada itu berkata, pihaknya telah mempertingkatkan kualiti MyKad berstruktur baharu seperti memastikan MyKad dibuat daripada bahan polikarbonat sepenuhnya dan telah diuji ketahananya di makmal.

Cip MyKad Struktur Baharu telah turut melalui beberapa peringkat pengujian termasuklah sebelum proses memasukkan cip ke dalam MyKad.

“Turisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar kecil (ghost image) yang tidak membolehkan maklumat dipinda dan sekiranya terdapat pindaan, pindaan tersebut dapat dikesan dengan mudah dan pantas,” jelas KDN lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here