Pemilik akaun Tik-Tok maut selepas dibuli secara siber

0
98
Petikan komen-komen di Tik Tok milik mangsa sebelum disahkan mati mengejut.

CYBERJAYA – Seorang pemilik akaun TikTok dengan lebih 30,000 pengikut disahkan sebagai mati mengejut di kediamannya selepas dipercayai menerima kecaman di media sosial.

Mangsa yang dikenali sebagai Shashikala Nagarajah, 44, sebelum ini dipercayai dibuli secara bertalu-talu melalui komen-komen yang menghina dan memperlekehkannya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh ahli keluarga.

Mendiang dikatakan tinggal di USJ 11 bersama suami dan anak.

Kata Abd Khalid, hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mendiang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Shashikala Nagarajah dilaporkan dibuli mengenai penampilan diri dan koleksi beg tangan miliknya.

Memetik laporan Berita Harian, tiga hari sebelum ditemui dalam keadaan parah, mangsa menerbitkan video dalam bahasa Inggeris dan Tamil memaparkan kandungan mengenai dia memulakan persekolahan di rumah untuk tiga anak perempuannya menggunakan sukatan pelajaran Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here