Penafian Latiff Ahmad lemah, terdapat 2 individu bernama ‘Zainab Mohd Salleh’ – Rafizi 

0
277
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, menyifatkan penafian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad lemah selepas beliau dan isterinya didakwa terlibat dalam kes penyelewengan dana LCS.

Rafizi berkata, Latiff Ahmad hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk kepada laporan berita yang tular.

“Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu kesilapan seorang netizen yang menuduh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai “Zainab Mohd Salleh” yang terlibat dengan skandal ini.

“Zainab Mohd Salleh (LCS) adalah individu yang berlainan,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga berkata, akan menunjukkan dokumen-dokumen khusus yang mengaitkan Latiff Ahmad dengan seorang individu yang bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes Marine pada esok hari.

“InsyaAllah akan lebih jelas kenapa laporan siasatan dalaman menamakan Dr Latiff Ahmad sebagai suami kepada Zainab Mohd Salleh ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rafizi hari ini mendakwa Latiff Ahmad dan isterinya, Zainab Mohd Salleh terlibat secara lansung dalam kes penyelewengan dana LCS.

Dalam dakwaanya itu beliau menjelaskan siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulannya menunjukkan
kewujudan syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh.

Tambahnya lagi, syarikat berkenaan telah dilantik menjadi juru runding teknikal kepada projek, menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakandan dilantik sebagai pembekal alat-alat ganti kepada projek LCS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here