Penerbit filem Mat Kilau tak pasti siapa Adi Putra hubungi

0
227
Hantaran dalam laman Instagram milik Adi Putra yang mencetuskan pertanyaan pelbagai pihak.

KUALA LUMPUR – Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali menafikan dihubungi oleh Datuk Adi Putra seperti yang tular dalam laman Instagram pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Abdul Rahman berkata, berikutan itu, beliau akan mendapatkan maklumat tersebut daripada kakitangannya terlebih dahulu.

Katanya, beliau juga baru mengetahui hantaran Adi itu selepas disampaikan rakannya pada pagi hari ini. 

“Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi. 

“Tunggu saya dapat respons staff (kakitangan) dulu. Ada ke Adi Putra ‘call’ tapi tak jawab. Pagi ni depa (mereka) mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam,” katanya memetik laporan Harian Metro. 

Terdahulu, Adi menerusi hantaran dimuat naik di Instagram seolah-olah menyindir pihak penerbitan iaitu Studio Kembara yang sukar dihubungi. 

Hantaran dimuat naik Adi itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk ada pihak membuat spekulasi ia membabitkan bayaran dan pemberian bonus. 

Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tidak ada sebarang isu dibangkitkan sebelum ini. 

“Tak ada apa-apa isu sebelum ni,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Harian Metro, Adi meminta menghubungi pihak penerbitan. 

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di 200 pawagam seluruh Indonesia bermula 31 Ogos ini dan tayangan perdana filem itu akan dibuat di sana pada 26 Ogos ini. x

Ditanya mengenai kutipan setakat ini, Abdul Rahman berkata, ia sudah mencecah RM94.4 juta dan masih ditayangkan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here