Penganjur Kedah Fesyen Week akan diambil tindakan tegas – Exco negeri

0
84
Salah seorang model yang tampil seksi ketika majlis Kedah Fesyen Week

ALOR STAR – Kedah Fesyen Week yang diadakan di sebuah pusat beli belah di sini didakwa diadakan tanpa mendapat permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, sehubungan itu pihaknya akan memanggil pihak penganjur bagi memberikan penjelasan.

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak penganjur didapati tidak mempunyai permit dan tidak mendapat kelulusan PBT.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Sejak semalam tular beberapa keping gambar menjolok mata model yang memperagakan pakaian dalam minggu fesyen tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here