Penganjuran Oktoberfest cabar kedudukan Islam

0
17
NASRUDIN

CYBERJAYA – Penganjuran pesta arak seperti Oktoberfest tidak sesuai di negara ini kerana ia mencabar kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nasrudin Hassan berkata, Islam tidak menghalang penganut bukan Islam minum arak, namun menjadikannya sebagai pesta sama seperti mempromosi masyarakat dengan budaya tidak sihat.

“Apabila arak difestivalkan acara meminumnya di dalam negara ini, ia bererti satu promosi dan galakan kepada masyarakat Malaysia untuk minum arak,” katanya.

Kata Nasrudin, dari sudut agama Islam, arak bukan sahaja minuman yang mengundang kemudaratan bahkan dalam masa yang sama berpotensi merosakkan juga tamadun negara.

“Bahkan arak itu sendiri menjadi pembuka pintu masuk kejahatan dalam negara ini. Kejahatan yang dihasilkan mampu meruntuhkan peradaban manusia dan tamadun negara kita,” katanya lagi.

Oktoberfest merupakan festival tahunan yang berasal dari Munich, Jerman yang diadakan dalam tempoh dua minggu dan berakhir pada Ahad pertama pada bulan Oktober.

Malaysia juga tidak ketinggalan turut mengadakan festival itu bermula sejak beberapa tahun yang lalu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad menyatakan bahawa Oktoberfest tidak sepatutnya dibenarkan diadakan di negara ini berikutan perayaan Bon Odori baru-baru ini menimbulkan pertikaian pelbagai pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here