Pengasas Malakat Mall seru sokongan Projek Transformasi Membina Ekosistem Ekonomi Islam Malakat 

0
44
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim menyeru sokongan daripada orang ramai khususnya bangsa Melayu dalam usaha membangunkan pusat beli belah pertama milik usahawan Islam itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, usaha itu penting bagi merapatkan jurang penguasaan perniagaan runcit antara syarikat asing dengan kaum bumiputera.

“Lebih 60 peratus pasaran dikuasai oleh syarikat asing di mana kaum bumiputera hanya mampu mendapat lapan peratus daripada nilai belanja runcit negara yang berjumlah RM110 billion pada tahun 2019.

“Antara sebab utama mengapa amat sukar untuk bangsa Melayu berkembang adalah kerana pasar-pasar besar dimiliki oleh syarikat-syarikat asing yang kaya raya.

“Pusat beli belah atau pasar raya besar mengenakan kos yang terlalu tinggi yang berada di luar kemampuan peniaga-peniaga Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Coach Fadzil yang juga merupakan Pengasas Brainy Bunch berkata, Malakat Mall diwujudkan dengan menggunakan pendekatan konsep ‘Pengguna Sebagai Pemilik Bersama’.

“Setelah lebih dua tahun banyak pencapaian yang baik dicapai dalam usaha mewujudkan pelbagai jenama pilihan yang setara dengan jenama syarikat-syarikat besar.

“Malakat Grocer, Tea Amo, Anak Jantan, Rahsia, DIY Malaya, Casa De Madani adalah antara hasil kerja keras kumpulan Malakat apabila tiada sambutan selepas jemputan dibuat kepada jenama-jenama unggul orang kita untuk bersama Malakat,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kononya berlaku salah laku penggunaan wang Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM), Coah Fadzil berkata, wang KOPPIM hanya digunakan untuk membangunkan Malakat Mall.

Jelas beliau lagi, koperasi itu tidak mempunyai kos operasi yang tinggi dan tidak mempunyai sewa atau kos operasi bulanan seperti organisai lain.

Malah katanya, semua ahli lembaga KOPPIM tidak mengambil elaun bulanan walaupun satu sen.

Menyentuh lebih lanjut, Coah Fadzil, menegaskan akan memulangkan semula modal semua ahli jika projek Malakat tidak berjaya mencapai sasaran.

“Saya rugi tidak mengapa tetapi ahli dan rakyat terbanyak tidak wajar mengambil risiko kerugian,” tambah beliau lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here