Pengunjung KLCC maut terjatuh dari tingkat atas

0
244
Mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat atas pusat beli belah berkenaan, malam tadi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Seorang pengunjung pusat beli belah Suria KLCC di Kuala Lumpur, maut dipercayai terjatuh dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan, malam tadi.

Perkara itu disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

“Pihak pengurusan Suria KLCC dukacita memaklumkan yang berlaku insiden malang di Suria KLCC malam tadi mengakibatkan seorang pengunjung terjatuh dari tingkat atas.

“Dukacita juga dimaklumkan individu terbabit telah meninggal dunia,” kata kenyataan itu.

Pihak Suria KLCC turut menyatakan yang mereka bersedia memberi kerjasama penuh membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes terbabit.

Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan siasatan lanjut akan dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here