Pengurusan Ekonomi Keluarga Malaysia: Teguh Kita Bersama

0
16
Noor Azlan Ghazali (kanan) bersama Ismail Sabri Yaakob dan Mustapa Mohamad.

“Keputusan yang lepas dah dibuat?”

Itulah yang akan ditanya YAB PM setiap kali saya membentangkan status tindakan keputusan-keputusan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) sebelum mesyuarat bermula.

“Tak ada guna kita bincang panjang dan buat keputusan kalau tiada tindakan’”?
Antara ‘pesanan dan mandat’ pertama yang saya terima sebagai Pengarah Eksekutif, Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), sekitar setahun yang lalu.

Perkara yang sama akan diingatkan YAB PM setiap kali saya bertemu beliau.

Memastikan keputusan dilaksanakan dengan pantas dan berkesan menepati hasrat semua pihak. Saya tidak boleh elak dari menyimpulkan perkara yang sama, ‘pelaksanaan’ adalah satu elemen utama yang menjadi cabaran bagi kerajaan hari ini.

Kepantasan, kecekapan dan kejayaan perkhidmatan awam melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan dan pelbagai pelan dan halatuju yang diumumkan semestinya menjadi satu kayu ukur prestasi yang penting.

Saya terlibat secara langsung dalam semua mesyuarat MTE yang di pengerusikan oleh YAB PM sepanjang setahun yang lalu. Di mana Keluarga Malaysia dalam pengurusan ekonomi negara? Kata dikota?

Diawal kepimpinannya, YAB PM telah membuat rombakan keahlian MTE menjadikan MTE lebih ‘majmuk’ merangkumi sektor korporat, dewan-dewan perniagaan Melayu, China dan India, wakil Sabah dan Sarawak, belia, wanita dan akademia.

Manifestasi mengotakan ‘Keluarga Malaysia’ dalam penilaian, pembuatan polisi ekonomi dan tindakan yang diperlukan. Dato Seri Ismail Sabri adalah PM yang mendengar – A listening leader. Pandangan dari pelbagai sektor adalah elemen yang penting dalam MTE.

Walaupun MTE merupakan sebuah majlis tertinggi ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB PM, kerangka MTE jelas berteraskan ‘Keluarga Malaysia’. Semua kertas-kertas yang dibincangkan oleh MTE disediakan dengan libaturus Keluarga Malaysia yang sangat intensif.

YB Dato Seri Mustapa Mohamad, selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Sekretriat MTE akan terlebih dahulu melaksanakan sesi libat urus yang sangat intensif melibatkan pelbagai pemegang taruh yang berkaitan dengan tajuk kertas yang akan dibincangkan.

Secara berkala, disamping pertemuan khusus harian yang sangat padat, setiap dua minggu, YB Dato Sri Mustapa akan mengadakan pertemuan/webinar khas dengan ahli-ahli korporat, pakar-pakar ekonomi swasta, awam dan akademia bagi membincangkan topik khusus yang terkini.

Mendengar dari semua adalah ‘mesti’ di Sekretariat MTE. Terkini pada Jumaat yang lepas, Sektetariat MTE mengadakan webinar ‘Global Economic Outlook: Soft or Hard Landing?, menilai prestasi ekonomi global. Rumusan libat urus ini dilaporkan dalam MTE.

Webinar ‘Global Economic Outlook: Soft or Hard Landing? yang bertujuan menilai prestasi ekonomi global.

Penyediaan kertas MTE juga didahului dengan sesi libat urus yang sangat intensif-benar-benar Keluarga Malaysia. Bersama Kementerian/Agensi yang berkaitan, Sekretariat MTE akan mengadakan beberapa pusingan sesi libat urus dengan wakil-wakil pemegang taruh awam dan swasta. Berbincang dengan mendalam dan terbuka.

Saya mempengerusikan setiap sesi libat urus ini. Pandangan dan cadangan semua ahli ‘Keluarga Malaysia’ adalah amat bernilai dalam merangka kertas dan cadangan yang dikemukakan untuk pertimbangan MTE. Ringkasnya kertas MTE is ‘made in Putrajaya’ by ‘Keluarga Malaysia’.

Hampir semua kumpulan mewakili pelbagai sektor ekonomi negara telah dilibatkan; persatuan penjaja pasar malam, usahawan mikro-kecil-sederhana (PMKS), sektor korporat tempatan, NGO, persatuan artis dan seniman, pertani, pelabur multinasional, nelayan laut dalam, pengusaha katering dan majlis, dewan perniagaan antarabangsa, industri automotif, pengusaha tadika, mangsa banjir, hampir semua ‘Keluarga Malaysia’.

Aspirasi Keluarga Malaysia yang sentiasa menjadi keutamaan dalam pelaksanaan MTE.

Lebih dari itu, YB Dato Seri Mustapa dan Sekretariat MTE juga turun melihat dengan mata sendiri permalahan dan cabaran yang dihadapi. Antaranya, Sektretariat turun ke Taman Sri Nanding, Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam bertemu mangsa banjir besar, melawat ke ladang pertanian moden di Mantin dan Seremban, dan Taman Pengeluaran Kekal Makanan Lancang, berkunjung ke Pelabuhan West Port menilai kesesakan pelabuhan, dan syarikat Multinational E&E di Pulau Pinang bagi memahami cabaran pelabur antarabangsa.

Hasil lawatan-lawatan ini dirumuskan dalam kertas MTE, kertas ‘Keluarga Malaysia’.

Yang lebih menarik, sejak YAB Dato Seri menjadi Perdana Menteri, setiap kali sebelum MTE mula membincangkan kertas-kertas yang disediakan, 2-3 orang wakil sektor akan terlebih dahulu dijemput berkongsi pengalaman sebenar yang dihadapi-views from dengan ground! Mangsa banjir, petani moden, perusahaan kecil, pelabur, telah menyuarakan pandangan mereka di MTE. Membawa realiti ke MTE secara terus.

Saya memohon maaf, tidak dapat menerima jemputan untuk merumus setahun YAB PM memimpin negara di PICC hari ini.

Saya menziarahi ayahanda saya di kampung sebelum berangkat ke Amerika Syarikat sebagai Sarjana Fulbright selama 6 bulan di Kennedy School, Harvard beberapa hari lagi. Misi saya-Memajukan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, untuk semua.

Setinggi tahniah YAB Dato Seri Ismail Sabri, sempena setahun menerajui negara. Pada saya Keluarga Malaysia bukan hanya dibibir, slogan retorik YAB PM. Ianya mendasari pengurusan ekonomi YAB PM sejak setahun yang lalu. Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) adalah antara manifestasi pengurusan ekonomi Keluarga Malaysia. Kata dikota.

Terima kasih atas kepercayaan dan peluang untuk saya menyumbang untuk negara yang dicintai.

NOOR AZLAN GHAZALI
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM)

Malakat Tribune tidak bertanggungjawab atas tulisan dan pandangan yang dinyatakan penulis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here