Peniaga nasi ayam Sg Ara rupanya rakan kongsi ‘tauke Cina’, supply makanan sama untuk kilang majoriti pekerja Muslim 

0
1898
Kredit : Saluran Youtube Azlan Faudzi Manukokoot

SUNGAI ARA – Baru-baru ini tular berita peniaga nasi ayam yang menutup kedainya selepas didakwa mengambil makanan dari kedai bukan Islam di sini, pada Isnin lalu.

Walaubagaimanapun, penjelasan peniaga berkenaan menimbulkan lebih banyak persoalan apabila penjelasan diberikan tidak masuk akal.

Berdasarkan satu perkongsian yang dilakukan oleh Dato Joe di saluran Youtube Azlan Faudzi Manukokoot, dia yakin peniaga Melayu itu bercakap bohong kerana dia mengenali secara peribadi tauke Cina nasi ayam itu.

Katanya, dia difahamkan peniaga nasi ayam itu merupakan rakan kongsi kepada ‘tauke Cina’ itu.

“Dia (tauke Cina) kata dulu dia ada kontrak kilang tapi tak boleh buat sebab kena ada budak Melayu jadi dia bagi budak tu.

“Lepas Covid-19 dia simpan budak tu jadi rakan kongsi, macam ayam dan nasi ambil dekat dia lepastu kau pergi berniaga,” jelasnya.

Mengulas dengan lebih lanjut, Joe berkata, penggunaan oven besi yang digunakan oleh peniaga terbabit untuk memasak ayam juga adalah janggal bagi peniaga nasi ayam Muslim.

“Kalau tengok cara masak yang guna oven tu yang perempuan tu guna, Melayu tak pernah pakai oven yang gantung-gantung ayam macam tu.

“Kita golek atau goreng sahaja cara kita. Orang Penang pun kalau tengok benda tu dah tahu, mana resepi dia dapat?,” soalnya.

Dedahnya lagi, video penjelasan yang disiarkan oleh peniaga berkenaan dibuat dengan menumpang di kedai yang bukan miliknya dan dilakukan selepas pusat beli belah Gurney itu tutup.

“Gurney Food Court tu gerai sahaja yang kepunyaan Cina. Boleh nampak orang cina potong ayam dekat sana. Kalau tengok dari awal video lepas pusat beli belah tutup dia tumpang satu hari untuk buat penjelasan. Macam tu saja,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here