Peniaga nasi ayam tutup kedai selepas didakwa ambil makanan dari kedai bukan Islam 

0
2143
Tular satu video memaparkan dua orang lelaki yang dipercayai pekerja kedai nasi ayam dan itik didakwa mengambil makanan di sebuah kedai bukan Muslim untuk dijual kepada pelanggannya.

GEORGETOWN – Seorang peniaga nasi ayam dan nasi itik yang tular selepas tersebar video memaparkan pekerja kedai itu menghantar barang di sebuah kedai bukan Muslim mengesahkan sudah menutup kedainya ekoran isu berkenaan.

Menurut peniaga tersebut yang menggunakan nama Aliaizhm dalam akaun Facebook, kedai nasi ayam dan nasi itik itu sudah ditutup secara rasmi.

“Untuk pengetahuan semua, kami dah pun tutup kedai kami secara rasmi.

“Terima kasih untuk segala nasihat, teguran, caci dan makian. Kami anggap semua tu sebagai ujian dan cabaran kami. minta maaf semua,” komennya dalam satu hantaran yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Terdahulu, tular satu video memaparkan dua orang lelaki yang dipercayai pekerja kedai nasi ayam dan itik itu didakwa mengambil makanan di sebuah kedai bukan Muslim untuk dijual kepada pelanggannya.

Dalam pada itu, dua lelaki yang terdapat dalam video itu meminta maaf susulan perbuatannya itu yang telah menimbulkan rasa was-was dalam kalangan pembeli.

Kata mereka, makanan yang dijualnya dimasak sendiri.

“Memang salah kami sebab tinggalkan barang dekat situ bagi mereka basuh. Kebiasaanya kalau makanan tak habis macam nasi, ayam dan itik memang kami akan bagi dekat kedai cina tu.

“Memang dia minta, sebab dia cakap dia akan bagi makan dekat anjing dia dan berkenaan dengan yang kata kami ambil stok dekat situ memang salah.

“Kami memang masak sendiri dan kalau bukan kami, kawan-kawan kami yang masak dan semuanya Melayu,” katanya dalam siaran lansung yang disiarkan di Facebook sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here