Perdana Menteri buat laporan polis akaun Telegram digodam 

0
10
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun Telegram peribadi miliknya digodam semalam.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, mana-mana individu yang menerima mesej daripada akaunnya diminta mengabaikannya.

“Mesej tersebut adalah palsu dan daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri,” katanya

Beliau juga menasihatkan orang ramai
yang telah menjadi manga penipuan kewangan kes ini untuk melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter dan meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” menurut ciapan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here