Permohonan Najib bukan berasaskan ‘hearsay’ – Peguambela

0
17

PUTRAJAYA – Peguambela Datuk Seri Najib Razak mengemukakan hujah bahawa permohonan yang dikemukakan bekas perdana menteri itu tidak bersifat cakap dengar, sebaliknya permintaan itu cukup relevan.

Hisyam Teh Poh Teik dalam hujahnya berkata, pasukan pembelaan tidak mempertikai peranan atau jawatan dipegang Hakim Mohd Nazlan.

“Sebenarnya kita tidak pertikai peranan atau jawatan dipegang oleh Hakim Mohd Nazlan, sebaliknya apakah sebenarnya tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh beliau?

“Untuk makluman, sebelum-sebelum ini banyak kes yang mana hakim mendengar itu menarik diri apabila mempunyai sebarang konflik kepentingan, antara kes-kes ini termasuklah sivil 1MDB dan SRC.

“Kerana itu juga kita mempunyai syak wasangka, mungkin wujud tindakan berat sebelah dari pihak beliau,” kata Hisham dalam hujahnya.

Sementara itu, pasukan pendakwaan memohon panel hakim menolak afidavit Najib melalui permohonan notis usulnya bagi memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Dalam permohonan notis usulnya, Najib memohon untuk memasukkan antaranya, keterangan viva voce (lisan) dan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein yang menjalankan siasatan ke atas skandal SRC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here